Thursday, February 2
Profil Pengasas
Berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Mendapat pendidikan awal di sekolah CliFford School, Kuala Kangsar, Perak (1963-1975). Seterusnya telah melanjutkan pengajian di Pusat Pengajian Tinggi Islam Surabaya, Indonesia di dalam jurusan Hukum Dan Fasalfah Pidato (1975-1977). Selepas tamatnya pengajian di Indonesia beliau kembali ke tanahair dan bertugas sebagai pensyarah di Pusat Tuisyen Ikhtiar, Batu Gajah, Perak (1999-2003). Seterusnya menjalankan perniagaan sendiri dan bertugas sebagai seorang penceramah secara sambilan (2004-2005). Di atas cadangan beberapa kenalan rapat di dalam masyarakat kampung di daerah Gopeng, beliau telah diminta untuk menjadi tenaga pengajar di kampung tersebut dengan diwakafkan sebuah rumah untuk dijadikan pusat pengajian. Dengan itu tertubuhlah Pondok-Al-Jaafar di daerah Gopeng yang kini pelajarnya telah menjangkau seramai 42 orang termasuk di dalam dan di luar daerah (2006-hingga kini).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment